Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak kekal 1,075 kes selepas tiada kes positif dilaporkan hari ini.
Sementara itu kluster Wisma Saberkas diisytihar tamat selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari.
Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan tidak terima maklumat mengenai laporan dua ahli Parlimen GPS yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.